Story No 5 : Art Angel Soft Clay
Hari ini seluruh sekolah di Korea bercuti dan menyambut hari besar iaitu Chuseok Day ataupun Hangawi. Sebelum sekolah kami mula bercuti, murid - murid akan membuat aktiviti yang berkaitan dengan Chuseok Day. Aktiviti ko-kurikulum diadakan pada setiap hari Selasa dan masa bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 10.30 pagi. Aktiviti Ko-Kurikulum dibahagikan kepada 4 kelab sahaja iaitu kelab seni visual, kelab muzik, kelab sukan dan juga kelab memasak.
Apa yang menariknya ialah 4 kelab ini menjalankan aktiviti masing-masing yang telah diamanahkan oleh guru kepada murid Gred 6 ( lebih dikenali murid kelas Tahun 6 untuk Malaysia ). Guru hanya memainkan peranan sebagai fasilitator serta memantau aktiviti tersebut.
Kelab Seni Visual : Membuat binaan Jesa Cuisine (Masakan Korean)
Kelab Muzik : Membuat persembahan lagu sempena Chuseok Day
Kelab memasak : Memasak Sungpyeon ( Makanan yang wajib sempena Chuseok Day ) dan biskut cheese with tomato
Kelab Sukan : Menyediakan 6 jenis permainan tradisional Korea.
Untuk pos hari ini saya lebih fokuskan gambaran penggunaan Angel Soft Clay ( Sejenis tanah liat yang lembut ) kerana ia telah menarik perhatian saya untuk dijadikan sebagai sharing dalam bidang seni visual :)
Aktiviti ini sangat mencabar keupayaan murid yang mana mereka perlu membuat binaan yang hampir sama dengan rujukan gambar Jesa (Korean cuisine ) yang telah diberikan oleh guru mereka. Untuk rujukan harga atau nak beli bolehlah ke link ini : Angle Soft Clay
.
.
.
Thats all for today . See you at my next Art Hunter!
13| 09| 2016
by Joo
Maegok | Yeong Dong
Comments