Posts

Showing posts with the label korean art

Story No 5 : Art Angel Soft Clay

Image
Hari ini seluruh sekolah di Korea bercuti dan menyambut hari besar iaitu Chuseok Day  ataupun Hangawi . Sebelum sekolah kami mula bercuti, murid - murid akan membuat aktiviti yang berkaitan dengan Chuseok Day. Aktiviti ko-kurikulum diadakan pada setiap hari Selasa dan masa bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 10.30 pagi. Aktiviti Ko-Kurikulum dibahagikan kepada 4 kelab sahaja iaitu kelab seni visual, kelab muzik, kelab sukan dan juga kelab memasak.  Apa yang menariknya ialah 4 kelab ini menjalankan aktiviti masing-masing yang telah diamanahkan oleh guru kepada murid Gred 6 ( lebih dikenali murid kelas Tahun 6 untuk Malaysia ). Guru hanya memainkan peranan sebagai fasilitator serta memantau aktiviti tersebut.  Kelab Seni Visual : Membuat binaan Jesa Cuisine (Masakan Korean) Kelab Muzik : Membuat persembahan lagu sempena Chuseok Day Kelab memasak : Memasak Sungpyeon ( Makanan yang wajib sempena Chuseok Day ) dan biskut cheese with tomato Kelab Sukan :...