Story No 5 : Art Angel Soft Clay
Hari ini seluruh sekolah di Korea bercuti dan menyambut hari besar iaitu Chuseok Day ataupun Hangawi . Sebelum sekolah kami mula bercuti, murid - murid akan membuat aktiviti yang berkaitan dengan Chuseok Day. Aktiviti ko-kurikulum diadakan pada setiap hari Selasa dan masa bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 10.30 pagi. Aktiviti Ko-Kurikulum dibahagikan kepada 4 kelab sahaja iaitu kelab seni visual, kelab muzik, kelab sukan dan juga kelab memasak. Apa yang menariknya ialah 4 kelab ini menjalankan aktiviti masing-masing yang telah diamanahkan oleh guru kepada murid Gred 6 ( lebih dikenali murid kelas Tahun 6 untuk Malaysia ). Guru hanya memainkan peranan sebagai fasilitator serta memantau aktiviti tersebut. Kelab Seni Visual : Membuat binaan Jesa Cuisine (Masakan Korean) Kelab Muzik : Membuat persembahan lagu sempena Chuseok Day Kelab memasak : Memasak Sungpyeon ( Makanan yang wajib sempena Chuseok Day ) dan biskut cheese with tomato Kelab Sukan : Menyediakan